music

ini saye .

My photo
hai, saya owner blog ni. follow dan terus lah mengikuti satiap cerita saya ok. thank you. (^^,)

Lindungi Kulit Cara Sihat dan Semula Jadi (=_=)"

Seiiring dengan peningkatan usia seseorang, kulit juga tidak terkecuali mengalami masalah seperti kemunculan garis-garis halus, kedutan dan sebagainya. Selain faktor semula jadi, gaya hidup tidak sihat, stres,dan persekitaran antara penyumbang masalah kulit !! 


justeru, pelbagai cara akan dilakukan bagi mendapatkan kulitwajah yang bersih, bebas dari masalah kulit dan paling penting melambatkan proses penuaan. Namun anda harus berhati-hati memilih cara yang batul. Di sini, ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama untuk melindungi dan menjaga kulit anda secara sihat dan semula jadi ok.

(1) HINDARI SINAR MATAHARI SECARA TERUS
- pancaran sinar matahari terus ke kulit antara punca berlakunya kedutan. Sebaiknya, gunakan pelindung matahari terutama bagi anda yang sering terdedah kepada sinaran matahari. Ia juga akan menghindari anda dari kanser kulit.

(2) JANGAN MEROKOK
- asap rokok sebenarnya dapat menyebabkan penuaan kulit. bahan dalam rokok juga sebanarnya boleh menyebabkan kerosakan kolagen dan elastin yang merupakan komponen penting dalam kulit seseorang.

(3) TIDUR YANG CUKUP 
- tidur adalah waktu tubuh menggantikan sel-sel kulit mai dengan sel-sel kulit baru. tidur yang cukup boleh membantu kulit memperbaiki ketebalan, lebih elastis, dan mengurangi  kedutan. Sebaiknta, tidurlah dengan posisi terlentan. Tidur posisi mengiring boleh menyebabkan kedutan terutama di bahagian pipi dan dagu.

(4) KURANGKAN MENGERDIP MATA
- gerakan wajah berulang-ulang, seperti berkerdip akan membuatkan otot-otot wajah bekerja lebih keras hingga membentuk lekukan di bawah permukaan kulit. lekukan ini lama-kelamaan akan menjadi kedutan

(5) AMBIL PROTEIN
- ambil banyak sumber makanan terutama ikan. ia membantu mengekalkan awet muda selain melambatkan kemunculan kedutan di wajah. banyakkan juga mengambil kacang soya kerana membantu melindungi dan menghalang sinaran matahari.

(6) GUNAKAN PELEMBAP
-  ia berfungsi melindungi wajah anda. jangan sering mencuci muka anda kerana ia akan menghilangkan minyak dan kelembapan semula jadi kulit yang bertindak melindungi kulit dari kedutan

(7) JANGAN LUPA VITAMIN C
- melindungi dari bahaya sinar UVA dan UVB, memperbaiki keadaan kulit yang rosak. harus memakan buah dan sayur yang anti oksida. yang mana merupakan komponen yang dapat mengurangkan kesan radikal bebas selain membantu membuatkan kulit kelihatan lebih segar dan bersinar serta dapat melindungi melawan beberapa kesan sinaran mtahari.

itu sahaja, yang dapat dikongsikan pada malam ini. hehe. lain masa akan dikongsikan lagi perlbagai tips yang menarik dan dapat diguna pakai untuk semua. terima kasih sudi membaca. selamat mencuba !!

No comments:

Post a Comment