music

ini saye .

My photo
hai, saya owner blog ni. follow dan terus lah mengikuti satiap cerita saya ok. thank you. (^^,)

pemergian diri mu

'nenek lady gaga' ni lah name untuk dia. hehe.
sepanjang dia berada di hospital kluang, semua pesakit gelar dia macm 2,
sampai aku n cucu2 dia yang lain pon ikot same panggil macm tu tau.

dia yang telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
pemergiannya amat dirasai hingga kini,
sedih? amat sedih!! dia yang kami sayang.

sepanjang menjaganya, kami begitu seronok.
sebabnya gelak2 same, usik2 same dlln. . . . . .
tiba pada masa kami tak terima, betul ke? huh, tipu . . . !
tapi, , ini kenyataan sebenar, mest terima dengan tenang.

sebelum pemergian nya, banyak kenagan yang terbuku di sanubari ni.
dia suruh kemas laman, cntas pokok.
satu famly bekerjasama bergotong-royong.
rupanya. .  . . . . . . . . . . . . . . . hurm

ye, dia adalah nenek aku (KHAMISAH BT HJ DENAN)
sayang sngat2 kat dia, ayah aku adalah anak nya.
maka, , aku ini adalah cucunya.

nenek telah kembali kerahmatullah pada jam 12tngah hari, yang mana cikmat 'mengadap'.
nenek pergi dalam tidur, tak ada yang sedar akan pemergiannya. nenek begitu tenang.
aku yang sedang makan tngah hari amat terkejut, lantas membalingkan pinggan ke dalam sing.
aku terus ke bilik menangis seorang diri, dan ibu telah menenangkan diri ini.
ayah kelihatan amat sedih, keadaan suram sahaja ketika itu.
sesampai di kampug ( AYER HITAM ) hanya aku sahaja cucu yang ada.
semasa menunggu ketibaan jenazah aku dudok bersama penduduk2 kampung.
tidak lama kemudian, diba ( sedara seumur ) tiba, dan kami berpelukan.
jenazah sudah sampai, dan aku duduk bersama-sama ibu berdekatan jenazah nenek.
ayah dan zati ( adik perempuan ) sudah berada di samping nenek.
muke nenek sangat tenang, tersenyum, wangi, tak tercerita aku akan keadaan nenek.
sepanjang bacaan yasin, aku menangis dan telah ditegur oleh makcik aku.
ye, memng salah macam tu, pasti nenek sedang melihat keadaan anak dan cucunya ketika itu.
tibalah, masa aku mencium dahi nenek, menatapnya buat kali yang terakhir, amat syahdu. .
pakcik saudara aku menegur kerana terlalu lama aku mencuimnya, kata orang air mate tak bileg jatuh pada mayat, entah kenapa, aku sendiri tak tahu. pasti ade sebabnya.
aku mengikut ke tanah perkuburan nenek, melihat mayat ditimbis pasir,
hingga tamat majlis aku melihat dan memerhati, rasa takut menyelinap.
apakah aku bakal turut sama suatu hari ? adakah aku tenang seperti nenek ?
macm2 persoalan mase 2, , insaf. aku memegang erat tangan zati, untuk meminta kekuatan darinya.

sampai sahaja di rumah, malam tu tahlil, masak dan menyediakan seadanya.
atok nampak tenang, walaupun dia juga tidak boleh menerima suratan takdir ini.
dia bakal tinggal seorang diri, tidak mempunyai isteri, tempat bermaja separti selalu.
malam suram, masing2 layan perasaan yang shadu, masih lagi bersedih dan, ,
hingga kini setiap pulang ke kampung, melihat atuk pasti akan sedih.
atuk bukan lah seorang yang tabah, dan kami sebagai anak dan cucu memberinya ketabahan.

hanya harapandan doa sahaja kami boleh kirim buat nenek, , 
mudah2 ah roh nenek dicucuri rahmat olehNya. amin. . .
                                                                    nukilan,
eizzatul akmal


No comments:

Post a Comment